Wednesday, 28 November 2012

GUBAHAN HANTARAN



KOLEKSI HANTARAN

Godek pi godek mai, jumpa la juga pelbagai jenis gambar hantaran yang di upload dalam internet... so dengan ringan tangannya dapatlah dikongsikan agar memberi idea tambahan kepada kita.  

Tak lama lagi kenduri anak menakan, jadi bolehlah ditokok tambah sikit mana yang ada.... Alahai dah jadi Mak Menanakan ni cam tu la...

 Mudah-mudahan gambar-gambar ini memberi idea untuk persiapan hari bahagia nanti.

READ MORE - GUBAHAN HANTARAN

MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

DOA MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

Baru-baru ni iaitu pada 16 November 2012 (Jumaat) yang lalu suamiku telah kehilangan beg di Jeti Penumpang Kuah, Langkawi, sayangnya doa ni lambat aku perolehi. Kena cuba juga la manalah tahu, jika ada rezeki dikembalikan semula beg dan barangan kesayangan suamiku yang hilang tu...InsyaAllah...

Disini diperturunkan dua doa yang boleh kita kongsi bersama dan lebih baik diamalkan selepas solat. Buat juga solat hajat serta bacaan yasiin supaya si yang mengambilnya rasa gelisah, rasa bersalah, takut tertangkap dan senantiasa resah kerana mengambil barang kepunyaan anda. Moga-moga dipermudahkan-Nya. Jika mendapat kembali barang tersebut, adalah rezeki anda. Jika sudah berusaha dan tidak berhasil, anggaplah itu adalah satu ujian Allah SWT keatas diri anda. Yang penting iman dan diri anda tidak hilang.
READ MORE - MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

UNTUK KAKI PANCING


DOA INI SEBAGAI AMALAN PARA-PARA NELAYAN DAN KAKI PANCING


Doa ini boleh dijadikan amalan buat para-para nelayan atau kaki pancing untuk mendapat hasil tangkapan yang banyak. InsyaAllah, berniatlah dengan  usaha dan doa memohon rezeki yang banyak itu untuk jalan Allah SWT membantu orang yang susah dan banyak-banyaklah bersedeqah.

Oleh demikian apabila dikurniakan rezeki yang banyak maka bersedeqahlah kamu kerana sedekah itu mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 
READ MORE - UNTUK KAKI PANCING

SAYANGI SUAMI

Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.
READ MORE - SAYANGI SUAMI

Wednesday, 21 November 2012

RAHSIA SURAH YASIN AYAT KE 58

 RAHSIA SURAH YASIN AYAT KE 58

 Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. 



Jika boleh niatkan sebegini:
  1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
  2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
  3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat.
  4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
  5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
  6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin.
  7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku......AMINnnnn.
READ MORE - RAHSIA SURAH YASIN AYAT KE 58

Tuesday, 20 November 2012

KASIH SAYANG NENEK TERHADAP CUCU

Amboi syok nyer si Hamster ni dalam pelukan neneknya. Adoh nk dapat scene sebegini jenuh pujuk, aduhai jenuh jugak la ekor dia dok mengedik. Itulah gelagat kucing ku yang menjadi kesayangan kami sekeluarga.
READ MORE - KASIH SAYANG NENEK TERHADAP CUCU

Thursday, 1 November 2012

INDAHNYA BUNGA ROS

Bunga yang menjadi minatku ku, dulu kini dan selamanya.  Dah la cantik, wangi pulak tu malah berduri. Wanita sepatutnya menjadi spt bunga ros, harum baunya dan indah rupnya tapi sukar dipegang.


READ MORE - INDAHNYA BUNGA ROS