Tuesday, 19 November 2013

ROJAK BUAH-BUAHAN

ROJAK BUAH-BUAHAN 

Bahan-Bahan Untuk Kuah Rojak :

Sedikit Belacan
1 kg gula pasir
1 botol kecil kicap manis
10 biji cili kering - ikut kepedasan masing2
3 camca petis
Buah-buahan - timun, nenas, sengkuang, epal, jambu batu @ jambu air, mangga muda Hiasan:
Sedikit Kacang tanah - ditumbuk kasar.
Sedikit Bijan yang telah disangai terlebih dahulu.

Cara Membuat Kuah;
1. Masukkan semua bahan kecuali petis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan petis.
3. Kacau sehingga sebati dan masak selama 10 minit kemudian bolehlah tutup api.

 Cara menghidang

Potong semua buah-buahan. Ambilkan serba sedikit buah-buahan tersebut dan campurkan dengan sedikit kuah rojak serta kacau sehingga sebati. Taburkan dengan sedikit kacang tanah yang telah ditumbuk serta bijan.
READ MORE - ROJAK BUAH-BUAHAN

Friday, 13 September 2013

TOM YAM ASLI

Tomyam Asli Bahan-bahan ( Sekeluarga ) ***PERENCAH TOMYAM***

5 ulas bawang merah
2 biji cili merah
5 biji cili kering
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu udang kering
3 helai daun limau purut
1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam

***SUP TOMYAM***
1/4 ekor ayam
5 ekor udang
2 ekor sotong
1 biji bawang besar (potong enam)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1/2 batang lobak merah,
bunga kobis dan sebagainya
5 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong empat)
1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sudu susu cair / susu sejat,
cili padi, garam, daun ketumbar

Cara-cara

1.  Mula-mula sediakan perencah tomyam.

2.  Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

3.  Kemudian panaskan sedikit minyak.

4.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

5.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

6.  Masak sehingga menjadi pes.

7.  Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.

8.  Perencah boleh disimpan.

9.  Kalau nk guna boleh ambik..

10.  Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air.

11.  Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

12.  Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.

13.  Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.

14.  Padamkan api.  Masukkan susu cair dan daun ketumbar. Tomyam sedia dihidang.

READ MORE - TOM YAM ASLI

After 6 am: HOLIDAY SPECIAL~ STEAMBOAT~

After 6 am: HOLIDAY SPECIAL~ STEAMBOAT~: Cuti2 ni ramai adik beradik balik kg..so my SIL jemput semua ke rumah barunya utk adakan  majlis doa selamat, dimulai dgn solat maghrib &amp...
READ MORE - After 6 am: HOLIDAY SPECIAL~ STEAMBOAT~

Tuesday, 25 December 2012

CUTI HUJUNG TAHUN

Setelah selesai bantu menguruskan majlis perkahwinan anak saudara pada 23hb Disember yang lepas. Kami sekeluarga barulah berpeluang menikmati percutian kami sebenar2nya.

Pada 24 Disember malamnya, kami sekeluargs bersama keluarga abangku dan juga pengantin baru ke Pesta Pulau Pinang. Kanak2 lah yg paling seronok.Ramai ke taknya kami ni, tengok la masa mula beli tiket masuk aje dah cashier tu terkejut bila sebut 13 dewasa 3 kanak2.

Kini, tahun 2013 kembali mengulang sejarah percutian kami.Rupanya kenduri anak saudara aku kali ini genap setahun daripada anak kakak kedua aku. Hmmm...peluang untuk kami bercuti hujung tahun lagi...kali ni sebelah selatan la pulak.

Dah macam-macam tempat dalam rancangan kini.Kalau ada rezeki sampai la.... Tak sabar rasanya nak bercuti setelah letih seharian bekerja......

READ MORE - CUTI HUJUNG TAHUN

Sunday, 9 December 2012

PANGGILAN PULAU SIRI 1

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana di Utara tanahair. Anak keempat daripada 5 adik beradik. Dari kecil lagi aku telah dilatih untuk berdikari sehingga menjadikan diri ini cukup berani dalam menempuh cabaran.

Memang aku akui lebih cerdik daripada yang lain..mungkin la...sebab ayah aku selalu memuji aku dihadapan abang dan adik aku setiap kali aku skor dalam pelajaran, Top 10 la masa tu....hahaha...Tapi aku bukanlah anak kesayangan...pernah kena tibai dengan tali pinggang, ranting kayu dan sebagainya....aahhh...indah bila dikenang...Entah mengapa tetiba pelajaranku merosot setelah aku bersekolah menengah....Kerana apa....hmmm (tangan dibahu mata di atas)

READ MORE - PANGGILAN PULAU SIRI 1

KHASIAT BISMILLAH 7

BISMILLAH 7 

1. Bismillahirahmaanirahim 

2. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim. 

3. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir. 

5. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir. 

6. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. 

7. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin. 

*************
1. Dengan nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang. 

2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui. 

3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui. 

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti. 

5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. 

6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah. 

7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim” fadhilat dan fungsi bismillah 7 - Makbul segala hajat dan cita-cita. - Luas rezkinya. - Menang dalam peperangan. - Penerang hati. - Diajuhkan dari segala penyakit. - Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. - Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. - Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. - Aman daripada binatang2 buas. -Air laut menjadi tawar. - Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan. -Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. - Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. - Terselamat dari karam dilaut. - Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. - Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar. - Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya. - Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan. - Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. -


READ MORE - KHASIAT BISMILLAH 7

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI



LANGKAWI PERMATA KEDAH....nama yang begitu indahnya, seindah kecantikan pantai dan alam semula jadinya yang terdiri daripada 99 buah pulau tropika di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau yang telah mencipta nama dipersada dunia, sinonim dengan situasinya yang dikenali sebagau pulau pelancongan· Bagi yang ingin mengunjunginya, jarak Permata Kedah ini cuma 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51 kilometer dari Kuala Kedah. Jaringan perhubungan ke Tanah Besar ialah melalui perkhidmatan feri/cruise dan juga kapal terbang· Masa yang diambil hanyalah 45 minit - 1 jam melalui Kuala Perlis, 1 jam 15 minit- 1 1/2 jam melalui K.Kedah (bergantung kepada keadaan feri yang dinaiki jugaclah) Pulau Langkawi penuh dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu legenda dan misteri daripada cerita burung garuda, pahlawan gagah perkasa, puteri kayangan serta peperangan dan percintaan. Sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di Malaysia, pulau ini lengkap dengan pelbagai kemudahan meliputi kemudahan awam, lokasi pelancongan dan pusat beli-belah. Ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semula jadi stalagmit dan stalaktit, pantai berpasir putih yang halus dan disimbah cahaya mentari sepanjang tahun menjanjikan ketenangan yang lengkap sebagai destinasi percutian idaman. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk pelancong menjalankan aktiviti rekreasi air serta keindahan penerokaan hidupan marin. Di samping terkenal dengan legenda sumpahan Mahsuri, Langkawi bukan lagi sekadar pulau legenda kerana di sini bermulanya keseronokan buat pelancong yang mengunjunginya. Dengan tawaran pelbagai destinasi menarik untuk dilawati, kunjungan bersama ahli keluarga ke sana pasti tidak mengecewakan.



Pulau Dayang Bunting Legenda di pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan jika ia diminum atau mandi dengan airnya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini, namun legenda Putri Dayang Sari merupakan cerita yang termasyur.

Gambar Pantai Cenang
 Foto Pantai Cenang


Pantai Cenang Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini. Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di sebelah malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selagi cahaya neon menyala selagi itulah pantai tersebut hidup dengan pelbagai gelagat pengunjung.



Underwater World Langkawi Melihat gelagat spesies penguin berkeliaran di Underwater World Langkawi cukup menghiburkan. Oleh itu, bagi mereka yang mahu melihat dengan lebih dekat gelagat nakal hidupan marin itu, silalah berkunjung ke Underwater World Langkawi yang terletak di lokasi kegemaran ramai, pantai Cenang. Di Underwater World Langkawi, pengunjung didedahkan kepada pengalaman kehidupan pelbagai spesies hidupan liar yang hidup pada tiga ekosistem berbeza iaitu bersuhu tropika, sederhana dan sejuk.

Pekan Kuah Buat mereka yang sedang mencari barangan eksklusif dari pulau bebas cukai ini, bolehlah mengunjungi pekan Kuah. Sebagai pekan terbesar di Langkawi, luangkan masa untuk membeli-belah di Kuah kerana anda boleh membeli hampir apa jua barangan yang dikehendaki daripada produk berasaskan gamat, pinggan mangkuk, peralatan perumahan sehinggalah produk antik. Taman Legenda Langkawi Taman tema yang dikenali sebagai “Legenda Langkawi On The Park” dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta legenda yang penuh konflik dan romantik sesuai dengan nama timangan, Langkawi sebagai kepulauan legenda. Taman ini mempunyai kolam air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 20.2 hektar. Aliran air yang jernih turun di tengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit di sebelah kiri dengan ukiran patung-patung legenda di sebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua penghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Legenda.


Kereta Kabel Langkawi Selepas penat berendam atau berenang, apa kata anda mengunjungi Kereta Kabel Langkawi yang terletak berhampiran lokasi Telaga Tujuh.Kereta kabel ini juga antara tarikan utama di Pulau Langkawi dan ia menyajikan pemandangan panorama dari puncak Gunung Mat Chincang yang juga merupakan lokasi Sky Bridge sepanjang 2.2 kilometer. Telaga Tujuh Terletak 23 kilometer dari pekan Kuah, Telaga Tujuh merupakan sebuah lokasi ajaib di mana kedudukan geografi air terjun yang turun di sana berasal dari tujuh punca mata air semula jadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semula jadi. Legenda mengatakan yang tempat ini dijadikan tempat pari-pari bersiram dan bermain. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau harum yang menyenangkan yang tersebar di seluruh kawasan sekitarnya. Telaga Air Hangat Destinasi ini dikatakan wujud akibat pergaduhan antara dua gergasi. Tempat di mana tumpahnya air panas ketika gergasi itu berselisih menghasilkan telaga air panas yang wujud sehingga kini dan terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah. Terletak di kawasan Telaga Air Panas seluas 1.62 hektar, ia dilengkapi dengan kompleks moden yang di dalamnya terdapat tiga tingkat pancutan air panas, mural lukisan tangan di atas batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan legenda di sebalik kewujudan tempat ini, demostrasi harian tentang kraftangan tempatan dan tarian kebudayaan serta kedai-kedai yang menjual kraftangan. Kesemua itu menjanjikan pengalaman yang berbeza. Taman Laut Pulau Payar Menjelajah pulau-pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong berpeluang menikmati keindahan semula jadi sambil melihat hidupan seperti burung helang. Antara destinasi keliling pulau paling terkenal di Langkawi adalah di sekitar taman laut yang terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ia juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempesonakan. Sesuai untuk aktiviti snorkeling, selam skuba, berenang dan berkelah di beberapa pantai sambil menikmati sajian barbeku. Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan bot laju. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit.
READ MORE - TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI