Wednesday 28 November 2012

MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

DOA MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

Baru-baru ni iaitu pada 16 November 2012 (Jumaat) yang lalu suamiku telah kehilangan beg di Jeti Penumpang Kuah, Langkawi, sayangnya doa ni lambat aku perolehi. Kena cuba juga la manalah tahu, jika ada rezeki dikembalikan semula beg dan barangan kesayangan suamiku yang hilang tu...InsyaAllah...

Disini diperturunkan dua doa yang boleh kita kongsi bersama dan lebih baik diamalkan selepas solat. Buat juga solat hajat serta bacaan yasiin supaya si yang mengambilnya rasa gelisah, rasa bersalah, takut tertangkap dan senantiasa resah kerana mengambil barang kepunyaan anda. Moga-moga dipermudahkan-Nya. Jika mendapat kembali barang tersebut, adalah rezeki anda. Jika sudah berusaha dan tidak berhasil, anggaplah itu adalah satu ujian Allah SWT keatas diri anda. Yang penting iman dan diri anda tidak hilang.

DOA 1.


Maksudnya:(Surah Ali Imran: Ayat 9)

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


DOA 2.


Maksudnya:(Surah At Taubah: Ayat 46)

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal.

No comments:

Post a Comment