DOA INI SEBAGAI AMALAN PARA-PARA NELAYAN DAN KAKI PANCING
Doa ini boleh dijadikan
amalan buat para-para nelayan atau kaki pancing untuk mendapat hasil
tangkapan yang banyak. InsyaAllah, berniatlah dengan usaha dan doa
memohon rezeki yang banyak itu untuk jalan Allah SWT membantu orang yang
susah dan banyak-banyaklah bersedeqah.
Oleh demikian apabila
dikurniakan rezeki yang banyak maka bersedeqahlah kamu kerana sedekah
itu mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.”H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a..
Bacalah doa ini sebelum turun ke laut.Moga-moga mendapat hasil tangkapan yang banyak.
MaksudNya:(Surah AN Nahl: Ayat 14)
Dan
Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging
yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya
benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau
melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat
mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.
No comments:
Post a Comment