Sunday 9 December 2012

PANGGILAN PULAU SIRI 1

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana di Utara tanahair. Anak keempat daripada 5 adik beradik. Dari kecil lagi aku telah dilatih untuk berdikari sehingga menjadikan diri ini cukup berani dalam menempuh cabaran.

Memang aku akui lebih cerdik daripada yang lain..mungkin la...sebab ayah aku selalu memuji aku dihadapan abang dan adik aku setiap kali aku skor dalam pelajaran, Top 10 la masa tu....hahaha...Tapi aku bukanlah anak kesayangan...pernah kena tibai dengan tali pinggang, ranting kayu dan sebagainya....aahhh...indah bila dikenang...Entah mengapa tetiba pelajaranku merosot setelah aku bersekolah menengah....Kerana apa....hmmm (tangan dibahu mata di atas)

Masa tu belajar pun masih guna pelita minyak tanah lagi....Rumah pun masih 100% papan dan atap rumbia. Tak ada bilik...dan tidur pun pasang kelambu seumpama tidur dalam bilik lah kononnya. Lantai pula jongkang jongkit.Berpadanan lah dengan punca rezeki ayah aku sebagai buruh.

Kenangan yang paling meruntuh jiwaku bila tiba waktu makan, pernah makan dengan minyak lauk. Ikan goreng pulak, ibu ku akan berperanan mencubit sedikit-sedikit isi ikan dan diletakkan di tepi pinggan.Makan lah satu cubit satu mulut katanya...(memang berbeza dengan kehidupan anak-anakku kini).

Pendidikan agama memang dijaga, bayangkan aku masa darjah 3 dah khatam Al-quran. Setiap petang selepas balik sekolah kena mengadap ayah aku dulu, kena baca sifat 20 dan hafal kali-kali.Kalau tak boleh kena denda, miss la waktu main, alhamdulillah aku selalu lepas.

Macam-macam pengalaman yang pernah aku alami sewaktu aku membesar di kampung. Aku pernah jatuh dalam tong yang diisi air sewaktu mandi..(nasib baik umur aku panjang). Pernah jatuh tingkap rumah ke tanah...(pun nasib baik umur panjang jgk), jatuh tangga dari atas ke bawah tu tak tau nak cakap la, dah berkali-kali.Pernah merasai nikmatnya mananam padi bermula dari proses penyediaan biji benih, menabur, mencabut semaian, menanam, menghalau burung cak, mengetam padi, mengerat padi, memukul padi, mengeroi, menjemur, hantar padi ke kilang sehinggalah menghasilkan beras....aduh cukup mahal pengalaman tu. Betis ni pernah menadi habuan lintah kerbau....oooo best nyer lepas tu bubuh lintah dalam abu, nah lihat lah tergolek-golek dia mati...

Panjat pokok jangan kata la, memang hobiku. Pokok yang selalu menjadi pot aku ialah pokok cermai dan pokok jambu...Tapi sayang kenangan tu dah musnah.Paling aku sayang pokok jambu batu biji merah....(sayangnya pokok tu pun dah dipancung oleh keluargaku)...

No comments:

Post a Comment