Saturday 1 December 2012

SEMANGAT 1DISEMBER

Cuti minggu ini dirasakan cukup terisi.  Sudah lama aku tidak menjalankan aktiviti riadah bersama keluargaku. Semuanya bermula dengan pagi Jumaat yang indah,  suamiku mengajak aku untuk berjogging bersama di Bukit LISRAM.  Mulanya perasaan malas tu ada, perasaan ni mula la teringat baju nak di jahit, baju yang belum dibasuh, rumah yang belum di kemas dan entah apa-apa lagi la.  Tapi semua tu aku buang bagi menemani suamiku dah mula sakit-sakit urat kerana lama tak main golf katanya.  Aktiviti jogging pagi tu turut disertai oleh anak sulungku....fuhhh punyalah best, sebab dah lama tak keluar peluh....bila dah keluar tu tak boleh nak disekat-sekat lagi.
Dalam jangkawaktu tu, kami ambil peluang untuk mandi embun...ekekeke...kan kawasan tu terpelihara daripada pelbagai pencemaran....so kami pun mengambil peluang untuk menjaga kecantikan (kononnya la).  Bila nak sambung kembali aktiviti kami....tup,tup,tup....dengan tidak semena-mena kurasakan ada kekurangan sesuatu.....Rupa-rupanya cermin mata aku terjatuh.....ohhhhh tidakkkkkk.....dimana ya.....

Jejak kasih pun bermula...dan akhirnya....aku suamiku berjaya menemuinya kembali....Hasrat untuk meneruskannya telah menurun akibat kepenatan terlampau...maklumlah baru nak mula balik...

Keesokan harinya ......1 Disember 2012, sekali lagi kami sekeluarga (kecuali anak keduaku) cuba menawan bukit LISRAM tu. Akhirnya kami berjaya....walaupun ada beberapa check point  yang disinggah.  Anak bongsuku turut bersemangat, walaupun sepanjang jalan protes nak air....ekekeke....akhirnya..... mamaaaa....... teriakan anakku kegirangan kerana berjaya menghabiskan hingga ke pintu masuk LISRAM....

Masa turun bukit tu punya la best....sebab Abahnya dah menjanjikan pulangan yang memuaskan....iaitu roti canai dan nasi dagang.....Breakfast kami bersama bekalan yang dibeli ialah di Durian Perangin....Punya best tak tau nak habaq.....jom tengok gambar kalau nak menikmatinya......


 Yesss... berjaya jua akhirnya....
Bergambar di pintu masuk LISRAM

Wajah adik yang keletihan.....go adik go roti canai ada di bawah.

Indahnya....damai dan bersih di persekitan Durian Perangin.....

Air Terjunn....jom terjun...fuuhhhh bestttt, cam tak mau balik ooooo

Tempat yang baik untuk release tension...

Lihat lah....keindahan......

Sat gi tungguu aaa....nak terjun.....

Ohhh tidakkkkk sejukkkkk.......

Nahhh.....dah berendam....abang awai tu jual mahal....

Kecoh waktu main selam....adik yang selalu kalah.......trick.....

Jambatan gantung yang menghiasi taman rekreasi ini....

Nah kau...tak mau sangat....tengok semua dah berkubang....





No comments:

Post a Comment